sebabkan kuasa, pangkat dan harta, sanggup ketepikan harga diri, jual maruah, berpaling dari prinsip.
paling sedih.. kerana mengejar kebendaan, agama jadi mainan, saudara-mara berpatah arang.
well, itu isu yg terlalu berat. saya nk cakap pasal perkara yang ringan2 sahaja. sebab orang kita, terutama melayu ni, malas bebenor nak pikir. cakap perkara mudah2 sahaja, harap2 senang terima.
sesuatu organisasi, mesti kena ada ketua, betol tak? ketua tu menentukan haluannya.
kalau masa sekolah dulu, nak jadi AJK tertinggi rumah sukan pun kena undi. tak kesah la kau cantik ke, popular ke, rajin ke, malas ke, pandai bersukan atau tak.masa kat CBN dulu, nk jadi prefect pun.. fuh bertapis-tapis prosesnye. kne interview dgn prefects board, then dengan guru disiplin and the geng. abes sume rekod ditilik, dibelek, ditengok satu2. jatuh gred dari A ke B pun boleh kne tanya macam la ada wat plan nak bom sekolah .then, kalau da lepas semua tu, kena pulak berkempen. tang tu student pulak kritik. antara komen-komen yang boleh dengar, " eh, si gedik ni pown boleh jadi calon prefect?", " i xnk undi dia sebab i rasa i lagi layak jd prefect berbanding dia", " ala, ni mesti menang, sebab dia kan femes ngn netball/cheerleading/hoki/band", "alahai, lembutnye suara, boleh ke nk control student macam ni??", " owh!!! kak***** sangat comel!! nak vote dia lah!" " i nk vote so-and-so sebab i suka poster dia"... ~ yes, macam2 ragam. tapi, kena paham, kuasa itu di tangan orang yang mengundi. kalau student vote, then kne la terima tanggungjawab tu. da usaha sedaya mungkin. itu masa sekolah... masa naif lagi.
bila masuk universiti, berbeza pula caranya. ada yang masih mengamalkan demokrasi sepenuhnya mcm tu. ada yang dipilih. tak kesahlah. sebab akhirnya, bila sahaja kita terima tanggungjawab tu, atas apa niat dan sebab sekali pun, hakikatnya, kita da setuju untuk menjalankan amanah tu. hehehehe.. tapi yang kelakarnye, bile kt universiti ni, rase2nye, cara pemilihan ketua lagi pelik dari zaman sekolah. ada yg tak reti wat keje tapi nk jd ketua, ada yg sgt berkaliber, tapi bermati-matian xmo pegang jawatan. ada yang berkebolehan, sanggup terima amanah, tapi tak tau balancekan dengan study. entah la...
beratnya amanah ni kan... kadang2, masa dok tunding jari kt ketua, menyalahkan ketua, xde pulak nk pikir sume ni. bila sdr jd ketua, baru la tau.
tp, seharusnya, sebagai ketua, kita kne la selalu muhasabah diri. biarpun kita ada kuasa, xbermakna kita boleh wat sesuka hati, kan?
kalau orang tegur, dengar, analyse, bertimbangkan. orang tegur sebab nk kita berjaya. nk bantu kita.
kalau rasa tak mampu nak tanggung sorang2, rujuk la pada orang2 yang lebih arif. jangan jadi bodoh xbleh nk diajar. sedar kapasiti kita, pada masa yang sama, usaha untuk tingkatkan lagi keupayaan sebagai ketua.
huhuhu... berat2. tapi orang yang ingin berjaya pastinya akan diuji. kita usaha je lah.
with great power, comes great responsibility~ quote dr cte spiderman, kot =P~
No comments:
Post a Comment